Sinopsis Tetuan Ang & Rahimin

Sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.

Tetuan Ang & Rahimin sebuah firma guaman yang dimiliki Ang (Rashidi Ishak) dan Rahimin (Ben Amir). Budi (Daiyan Trisha) merupakan penguam junior yang baru memulakan tugas sudah tertekan dengan situasi di firma tersebut.

Hal ini kerana, Karina (Nurkamelia) yang merupakan penguam cemerlang di situ telah berpindah ke firma lain. Rahimin pula mengambil kes yang mudah kerana tidak mahu mengalami proses mahkamah yang panjang. Manakala Ang pula menolak sebarang kes yang memerlukan dia masuk mahkamah kerana trauma dengan satu kes lampau.

Ketiadaan Karina memberi kesan kepada firma mereka sehingga suatu hari, Rahimin mendapat tawaran daripada Shaukie (Wan Ellyas) untuk bekerja secara eksklusif dengannya dan bayaran yang akan diterima sangat lumayan.

Rahimin mahu menerima tawaran tersebut kerana dapat membantu kewangan firma mereka yang mempunyai masalah walaupun Ang tidak bersetuju kerana latar belakang Shaukie sebagai ketua samseng yang akan mendatangkan masalah di kemudian hari.